Sunday, May 15, 2016

Sunnah-sunnah penglihatan Nabi SAW


Sunnah-sunnah penglihatan Nabi SAW
  • Nikamt penglihatan adalah nikmat yang terbesar daripada nikmat-nikmat Allah SWT kepada kita yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit yang paling banyak.
  • Allah SWT memerintahkan dalam al-Quran agar manusia menggunakan mata untuk berfikir tentang kehebatan & kekuatan Allah SWT.
  • Sifat Mata Nabi SAW
  • Nabi Muhammad SAW mempunyai mata yang cantik, mata yang besar, mata Rasulullah SAW juga luas, hujung mata baginda panjang, hitam dan lebat. Mata Baginda SAW cantik. Bersama-sama kecantikan ini adalah kecantikan pandangan Baginda SAW.
  • Kepada apakah ditujukan pandangan Nabi SAW?
  • Nabi SAW suka memandang kepada kehijauan, epal yang merah, dan Baginda SAW suka melihat kepada air yang mengalir iaitu Nabi SAW suka melihat kepada kecantikan dan pemandangan-pemandangan yang baik, kerana ia memberi kesan kepada diri dan hati serta manusia dapat hidup dalam ketenangan dan kerehatan.
  • Nabi SAW memandang orang lain dengan pandangan rahmat. Pandangannya dipenuhi rahmat. Kerana pandangan manusia memberi makna kepada manusia; pandangan rahmat, kasih sayang, kemarahan, tipu daya dan sebagainya.
  • Sesungguhnya pandangan Nabi SAW kepada manusia merupakan pandangan rahmat.
  • Bagaimana pandangan Nabi SAW
  • Bahawa Nabi SAW memandang kepada orang lain hanya seketika, iaitu memandang mereka dengan rasa malu dan tidak menajamkan pandangannya kepada orang lain, tetapi Baginda SAW melihat mereka dengan pandangan yang lembut.
  • Daripada sunnahnya SAW bahawa pandangan Baginda SAW banyak menghala ke bumi daripada ke langit, Baginda SAW sangat tawadhu’ dan beradab dengan Allah.
  • Baginda SAW tidak banyak melihat kepada perkara-perkara dunia, Jika Baginda SAW melihat perkara dunia yang menakjubkannya, maka Baginda SAW mengucapkan “Tiada kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan akhirat”.
  • Allah SWT mengajar Nabi SAW “ Jangan engkau memandang melainkan apa yang Kami telah berikan kepadamu iaitu pasangan-pasanganmu, perhiasan kehidupan dunia”.
  • Mata adalah saluran ke hati
  • Nabi SAW sangat mulia, Pada hari ini, mata kita disibukkan memandang banyak perkara tanpa berfikir. Mata ialah saluran ke hati.
  • Setiap perkara yang dilihat akan dicetak ke dalam hatimu. Lihatlah bahawa hatimu begitu berharga bagimu.
  • Apa yang dilihat akan dicetak ke dalam hatimu. Mata ini ialah alat pencetak ke hati. Sebahagian manusia suka memandang perkara-perkara yang tidak penting. Jika seseorang banyak melihat perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah pandangan ini akan membawa kepada banyak faedah dan ilmu.
  • Mukjizat-mukjizat Penglihatan Nabi SAW
  • Nabi SAW melihat bintang-bintang apa yang tidak dapat dilihat oleh manusia dari bilangan bintang-bintang. Manusia melihat 7 bintang tetapi Baginda melihat 11 atau 12 bintang. Nabi SAW bersabda, “Berdiri tegak dan luruskan sofmu, sesungguhnya aku melihatmu dari belakang badanku seperti mana aku melihatmu dari depanku.”
  • Mata yang sibuk ambil tahu
  • Ramai manusia, jika seseorang membuka telefon bimbitnya, maka orang di sebelahnya sibuk melihat apa yang tertulis di telefonnya. Jika seseorang melalui sebuah rumah yang terbuka, dia sibuk mengintai ke dalam rumah itu.
  • Perbuatan suka mengintai ini dilarang oleh Allah SWT, Allah SWT berfirman, “Jangan mengintai”.
  • Kesan mata
  • Mata dan penglihatan mempunyai rahsia dan kesan. Apabila seseorang memandang sesuatu dengan pandangan hasad dan ta’ajub dengannya mungkin ia boleh menyebabkan kemudharatan.
  • Oleh itu, jika kamu melihat sesuatu yang engkau kagumi, maka ucapkanlah “MashaAllah, Tabarakallah”, atau mengingati Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi SAW, sesungguhnya ini adalah kezaliman yang boleh memudharatkan melalui penglihatan, dapat terjadi dan dihapuskan dengan izin Allah SWT.
  • Pandangan yang mengandungi hasad dan zalim boleh memudharatkan dan pandangan yang dipenuhi rahmat dan kasih sayang boleh memberi manfaat dengan izin Allah SWT.
  • Penjagaan Mata Nabi SAW
  • Penglihatan adalah antara nikmat yang terbesar dari Allah SWT, Maka memerlukan penjagaan dan bantuan kerana Nabi SAW menjaga mata Baginda. Maka Baginda SAW menggunakan ithmid dan celak. Nabi SAW bersabda kepada kita, “Bercelaklah kamu dengan ithmid, kerana ia mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata”.
  • Ini adalah Sunnah Nabi SAW yang perlu kita titik beratkan kerana Nabi SAW tidak pernah meninggalkan celak walaupun dalam musafir kerana Baginda SAW membawa celak bersamanya.
  • Dan daripada Sunnah Baginda SAW bahawa Baginda bercelak, mata kanan sebelum mata kiri dan Baginda SAW bercelak 3 kali kanan, dan 3 kali kiri atau 3 kali kanan, 2 kali kiri.
  • Apa yang penting, Baginda SAW suka melakukan amalannya secara ganjil. Mungkin kita telah melupakan Sunnah ini, maka siapa yang mengamalkannya, dia telah menghidupkan Sunnah kekasih kita SAW.
  • Penglihatan ialah kunci kepada Ilmu
  • Nabi SAW telah duduk pada suatu malam, dan Baginda melihat bulan purnama di langit, Baginda berkata kepada para sahabat, “ Adakah kamu melihat bulan itu?”, mereka menjawab, “Ya, Wahai Rasulullah” Baginda bersabda, “Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhanmu di syurga, seperti kamu melihat bulan ini yang tidak pernah kamu lihat sebelumnya.
  • Tuhan kita telah memuliakan Nabi SAW pada malam Mi’raj dengan melihat kepada wajahNya yang mulia. Dan kita berharap dengan mengikut Sunnah Nabi SAW dan mengikut Sunnah penglihatannya SAW Allah akan memuliakan kita untuk memandang wajahNya bersama-sama Nabi SAW maka kita akan mendapat kedudukan yang tertinggi di dalam firman Allah SWT, “Katakanlah (Muhammad), jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku, kamu akan dicintai Allah”.

Sunnah-sunnah Dalam Percakapan


Sunnah-sunnah Dalam Percakapan
  • Rasulullah SAW baik dalam bertutur, baik dalam berkata-kata. Baginda SAW suka menggunakan lafaz dan perkataan yang begitu baik, cantik dan lembut.
  • Bayangkan, jika ada insan yang cuba menggantikan perkataan tersebut dengan perkataannya, pasti takkan dia temui. Sebaik-baik pertuturan adalah milik Nabi SAW
  • Allah SWT berfirman kepada Nabi-Nya SAW “Katakanlah kepada hamba-hambaku, ucapkanlah perkataan yang lebih baik, sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan antara mereka.”
  • Ayat ini seakan-akan ingin memberitahu kita berkata-katalah dengan baik kerana syaitan menggunakan pertuturan dan lafaz kamu untuk menimbulkan perselisihan.
  • Oleh itu, kita lihat ramai yang menghadapi masalah disebabkan mulut mereka. Ada individu yang menggunakan ayat tertentu tapi di salah erti oleh individu yang lain.
  • Allah SWT berfirman : Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, Ucapkanlah perkataan yang lebih baik.
  • Salah satu adab Nabi SAW, kadang kala mewakilkan orang lain untuk bercakap. Jika Nabi SAW ingin menegur beberapa kesalahan syarak yang dilakukan oleh orang lain, Baginda SAW tidak menegurnya terus tetapi Baginda akan berkata : Kenapa mereka melakukan begitu? Baginda hanya bertanya dan tidak suka menyebut keburukan orang lain.
  • Salah satu adab Nabi SAW kadangkala apabila ingin memberitahu seseorang yang dia ada melakukan kesalahan baginda akan bercakap dengan orang yang rapat dengan individu tersebut supaya bukan Baginda yang menegur kesalahan individu tersebut.
  • Manusia yang berjaya ialah yang menutup mulutnya sebelum orang lain menutup telinga mereka. Kini, sebahagian kita lebih suka pertuturan yang kasar, maksudnya mereka tak sukakan pertuturan yang baik. Sebahagian kita berubah kerana tidak memahami ini adalah Sunnah Nabi SAW.
  • Sebab itulah sebahagian kita menjadikan perkataan yang tak elok, kejian dan kutukan, juga ungkapan yang pelik sebagai sapaan antara mereka.
  • Bagi mereka inilah penampilan terbaik dan sesuai untuk pemuda. Sahabat Nabi SAW bernama Jabir telah bertemu Nabi SAW dia berkata kepada Nabi : Ya Rasulullah, berika peringatan kepadaku, Nabi SAW bersabda kepadanya : Janganlah kau mencela orang lain. Maka dia berkata : Demi Allah, sejak itu aku tidak pernah mencela orang lain sama ada dia lelaki, perempuan, orang merdeka, hamba atau haiwan bermaksud, dia setelah itu tak pernah mencela, hinggakan haiwan pun sudah tidak dicela olehnya. Dia memahami peringatan daripada Nabi dan sejak itu, dia tidak pernah mencela sesiapa pun.
  • Pernah seorang wanita mengutuk binatangnya, iaitu seeokor unta telah dilaknatnya, lalu Nabi SAW bersabda: Turunkan barang daripada unta tersebut dan lepaskannya, unta yang dilaknat tak patut berjalan bersama kita. Maka unta tersebut berjalan bersendirian kerana Nabi tak redha unta itu bersama dalam kumpulan.
  • Otot tubuh yang paling kuat dalam tubuh manusia ialah lidah. Nabi SAW bersabda mungkin satu pertuturan daripada seorang lelaki membuatkan khalayak ramai ketawa akan menghumbankan dia ke dalam api neraka yang lebih jauh dari gugusan bintang.
  • Kadangkala manusia ingin berjenaka untuk membuatkan orang lain ketawa maka dia menggunakan lafaz yang biadap terhadap Allah SWT atau yang tak layak terhadap Allah.
  • Nabi SAW melarang kita bertutur kepada orang dengan kata-kata kutukan dan leteran atau kata-kata yang melupakan kita dengan nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Hari ini kita namakannya dengan kata-kata negatif kerana ia menjatuhkan motivasi masyarakat, menjadikan manusia sentiasa melihat kegelapan.
  • Dengan kata-katanya telah memadam perasaan tenang dan kedamaian yang ada dalam hati manusia.
  • Fikir dahulu sebelum berkata, ruangkan masa untuk mematangkan pertuturan, kata-kata seperti buah yang memerlukan masa untuk menjadi matang.
  • Indah sungguh kerana Sunnah ini masih berterusan. Jika semua pertuturan kamu adalah baik maka kamu akan sentiasa mencontohi Nabi SAW kerana kamu sentiasa ingin bertutur dengan kata-kata yang baik.
  • Setiap percakapan sama ada kepada pegawai, ahli keluarga dan kanak-kanak adalah apa yang terbuku dari dalam diri manusia. Seperti yang disebut: “Setiap yang ada di dalam bekas pasti akan membasahi, Lidah dijadikan bukti, apa yang terbuku dalam hati.”
  • Hati Nabi SAW adalah yang paling suci sebab itulah tuturnya begitu suci. Timbangkan, adakah kamu memilih ini atau yang ini? Inilah yang ditawarkan Allah SWT kepada kita dalam firmannya : Katakanlah, jika kamu mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu.
  • Penting untuk kita fahami iaitu mencontohi Nabi SAW dalam bertutur dan berkata-kata bukan hanya perbuatan dan keadaan, agar kita dapat mendisiplinkan pertuturan kita. 

Sunnah Mengutamakan Yang Kanan


Sunnah Mengutamakan Yang Kanan
  • Allah SWT berfirman dalam kitab-Nya “Dan golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu.” Allah SWT telah peruntukkan kepada golongan kanan dengan kemuliaan dan kemajuan.
  • Nabi SAW suka memulakan dengan kanan dalam setiap urusannya. Seperti yang diriwayatkan dalam banyak hadith Rasulullah SAW suka bermula dengan bahagian kanan. Ketika makan, minum, memakai selipar dan ketika berjalan.
  • Kebanyakan urusannya, Baginda SAW suka memulakan dengan bahagian kanan. Dalam memberi dan urusan lain Baginda suka mengguna tangan kanan.
  • Jika kita benar-benar cintakan Nabi SAW pasti kita akan suka dengan apa yang disukai oleh Nabi SAW. Nabi SAW suka dalam mendahulukan bahagian kanan, perkataan penting di sini Bagi Nabi SAW ia bukan sekadar amalan tetapi kesukaan Baginda.
  • Kita patut mencontohi Nabi SAW dalam semua perkara. Nabi SAW pada peristiwa Hajjatul Wada’ ketika tukang cukur hendak mencukur rambut baginda telah ditegur oleh Nabi SAW : “ Mulakan cukur dari bahagian kanan.” Nabi SAW mengajarnya kerana baginda sukakan amalan mendahulukan kanan.
  • Fakta sains telah membuktikan suluruh pergerakan dalam tubuh manusia bergerak mengikut sistem yang terperinci. Setiap pergerakan bermula dari bahagian kanan dan bergerak ke kiri.
  • Ambil dan memberi dengan tangan kanan adalah Sunnah harian. Dalam sehari, berapa kali kita memberi dan menerima sudu, pinggan, kertas dan pensil.
  • Sebahagian kita banyak dalam berinteraksi seperti penjual atau juruwang dan penjual di pasar raya, berapa kali mereka mengambil dan memberi duit atau bil kepada pelanggan? Ratusan kali, paling minimum 200 kali dalam sehari. Bermakna, dalam setahun dia melakukannya sebanyak 70 hingga 80 ribu kali atau lebih dari itu dia melakukan interaksi tersebut.
  • Satu kisah tentang Nabi SAW suka mendahulukan kanan, suatu hari baginda duduk untuk minum, di kanannya ketika itu Ibnu Abbas budak kecil berumur sekitar 6 atau 5 tahun. Di kirinya pula, Abu Bakar dan Umar dua sahabat mulia. Apabila Nabi SAW minum, Dia suka mendahulukan kanan, Dia berpaling kepada Ibnu Abbas dan berkata “Izinkan aku berikan minuman ini kepada mereka dahulu? Lalu dia menjawab: Ya Rasulullah, takkan ada yang membantahmu, maka Nabi SAW berikan minuman itu kepadanya dahulu.
  • Sunnah mendahulukan kanan mengatasi segala kelebihan. Abu Bakar ra seorang tokoh dan alim tetapi Sunnah mendahulukan kanan diutamakan.  Saya perlu mendidik anak saya, Jika dia memberi air atau kurma dia perlu bermula dari sebelah kanan biarpun di sebelah kiri saya lebih tua dan alim. Inilah Sunnah Rasulullah SAW.
  • Mendahulukan kanan ialah Sunnah bagi seluruh para Nabi. Di dalam kitab-kitab agama samawi, Penganut agama terdahulu menggunakan tangan kanan ketika makan dan menyukai dalam mendahulukan kanan. Indahnya! Manusia boleh merasakannya.
  • Saya bersangka baik kepada Allah SWT, saya gunakan tangan kanan ketika menerima sesuatu, ketika menyikat rambut, mulakan kanan sebelum kiri, masuk ke rumah dengan kaki kanan, masuk ke masjid dengan kaki kanan, saya pentingkan bahagian kanan.
  • Pada hari kiamat nanti, golongan mukmin yang berjaya akan menerima buku amalan mereka dengan apa? Mereka akan menerimanya dengan tangan kanan mereka. Seperti firman Allah SWT tentang mereka “Sesiapa yang menerima surat amalnya dengan tangan kanannya”
  • Mendahulukan kanan dalam sudut etika pula seseorang itu perlu menggunakan tangan kiri atau seumpamanya
  • Mendahulukan kanan adalah Sunnah Nabi kita dan para nabi yang terdahulu.
  • Nabi SAW pernah menasihati seorang lelaki, Jangan makan dengan tangan kirimu, sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya. Syaitan suka menggunakan tangan kirinya dan Nabi SAW suka menggunakan tangan kanannya. Siapa yang kamu lebih sayang? Siapa yang menjadi ikutan kamu? Dan Sunnah siapa yang anda pilih?
  • Prihatinnya kita terhadap amalan Sunnah Rasulullah SAW takkan menjadikan kita mundur atau kolot.  Sebaliknya, jika kita berpegang dengan Sunnah Nabi SAW  Allah akan mengurniakan kita kekuatan, kemuliaan dan kasih sayang.
  • Allah SWT berfirman dalam al-Quran “Katakanlah, jika kamu mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu. Saya rasakan, jika saya berikan sesuatu kepada orang lain dengan tangan kanan akan bertambah cintanya Allah kepada saya. Memberikan nikmat cinta-Nya kepada saya.
  • Sunnah Nabi SAW begitu bernilai bagi hidup saya jika penghayatan sebegitu dihayati. Perjalanan hidup saya mengikut Sunnah Rasulullah SAW